Mar 17, 2010

Karangan Budak Sekolah Pilihan TERBAIK!!!!

TAJUK KARANGAN : Kemalangan Paling Ngeri Yang
Pernah Saya Lihat ....

NAMA MURID : ************************....

TAHUN/DARJAH : 4 **********....

.. ..

.. ..

Pagi
itu pagi minggu.Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu
saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu
keluar sebab beku di dalam batang paip.



Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan
sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya
tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah
saya bersetuju untuk mengikutnya.



Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu yang letaknya 128 kilometer
dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena
meluru dengan laju dari arah belakang.



Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit
"Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut.
Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori
itu pula.Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya.



Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan
cahaya.Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu.



Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah
feri.Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya
mati. Pemandu feri itu sangat marah.



Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori
menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot
Transformer. Mereka bergaduh di udara.Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus
menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.



Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas
ke jalanraya.



Pemandu feri itu pecah.Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia
meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.



Tetapi emak saya masih marah.Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat
tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit
"Adoi..!" dan jatuh ke bumi.Emak saya menghantar helikopter itu ke
Genting Highlands.



Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan
beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.



Lalu pemandu lori itu mati.Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia
membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota
polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.



Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah
terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas
itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan
mati.



Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual
daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya
terkejut dan mati.Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah.



Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah
kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

No comments:

Post a Comment